Assalamualaikum dan Salam Sejahtera YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,
IKLAN PENGISIAN JAWATAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ingin mempelawa pemohon yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi jawatan Naib Canselor di Universiti ini.
3. Untuk makluman YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan, tarikh tutup permohonan adalah pada 19 Januari 2024 (Jumaat). Permohonan hendaklah dialamatkan kepada:
Pendaftar
Pejabat Pendaftar
Aras 2, Bangunan Canselori
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan
4. Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, sila hubungi Encik Nazar Mohd Zahidi bin Mohd Azahar, Ketua, Bahagian Governan di talian 019-5741502 dan alamat emel nazar@upsi.edu.my.
IKLAN JAWATAN NAIB CANSELOR UPSI – 2024