Majlis Bersama Jabatan (MBJ) bagi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) (selepas ini disebut sebagai “Majlis”) hendaklah mengandungi 22 ahli termasuk Pengerusi, yang terdiri daripada 10 ahli yang dilantik oelh Naib Canselor (selepas ini disebut sebagai “Pihak Pegawai”) dan 12 ahli yang dilantik oleh Kesatuan Sekerja dan Persatuan-persatuan Kakitangan yang mewakili pekerja-pekerja di Universiti Pendidikan Sultan Idris atau pekerja-pekerja itu sendiri (selepas ini disebut sebagai “Pihak Pekerja”).

Terkini

Tujuan

Tujuan Majlis adalah seperti berikut:

  • Untuk memperoleh seluas-luasnya kerjasama antara UPSI dengan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji di dalam UPSI, dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kelicinan kerja dan kebajikan pekerja-pekerja yang berkenaan.
  • Untuk mengadakan jentera bagi menguruskan soal-soal mengenai syarat-syarat bekerja; dan
  • Untuk mengumpul berbagai buah fikiran daripada pekerja-pekerja dengan wakil-wakil rasmi UPSI.

Bidang dan Fungsi

Bidang dan fungsi Majlis hendaklah tertumpu hanya kepada perkara-perkara yang termasuk di dalam bidang kuasa majlis yang mana adalah seperti berikut:

  • membincangkan dan memutuskan akan perkara-perkara mengenai syarat-syarat bekerja yang ada berkaitan dengan pentadbiran yang berkenaan kecuali semua perkara mengenai pekerja-pekerja perseorangan;
  • membolehkan kakitangan mengambil bahagian dan lebih bertanggungjawab di atas perkara-perkara mengenai kerja-kerja mereka dan mematuhi syarat-syarat bawah mana tugas-tugas mereka dijalankan;
  • menggalakan kakitangan menerusi pengambilan bahagian dalam perbincangan-perbincangan untuk mendapat pengetahuan yang lebih lagi mengenai pentadbiran berbagai Jabatan; dan
  • mengadakan kemudahan bagi memperbaiki perjalan dan organisasi pejabat serta peruntukan bagi menerima cadangan dan syor-syor dari kakitangan mengenai perkara ini.
Hebahan Baharu

Pihak Pegawai

YBhg. Profesor Dato’ Dr. Md Amin bin Md Taff

Naib Canselor UPSI

YBrs. Prof. Dr. Marzita binti Puteh

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)

YBrs. Prof. Dr. Suriani binti Abu Bakar

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)

Y.Brs. Prof. Dr. Norkhalid bin Salimin

Timbalan Naib Canselor Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)

YBrs. En. Helmi Zaifura bin Abdul Rahman

Pendaftar UPSI

Y.Brs. En. Mohamad Najib bin Mohamed

Bendahari

Y.Brs. Cik Noriha binti Muhammad

Ketua Pustakawan

Y.Brs. Ir. Zulkefly bin Mohd Yusof

Pengarah Jabatan Pengurusan Pembangunan & Harta Benda

Y.Brs. Pn. Mahanum binti Muhammad

Timbalan Pendaftar Kanan (Bahagian Sumber Manusia)

Y.Brs. En. Nazar Mohd Zahidi bin Mohd Azahar

Timbalan Pendaftar Kanan (Bahagian Governan, Pejabat Pendaftar)

Pihak Pekerja

Y.Brs. Prof. Madya Dr. Mohd Faizal Nizam Lee bin Abdullah

Presiden PEKA

Y.Brs. Dr. Sayed Muhammad Arif bin Sayed Yahya

Presiden PRESTASI

Y.Brs. En. Saiful Lizan bin Mohd Lajis

Presiden KPA