Bahagian Governan, Jabatan Pendaftar, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditubuhkan pada 01 November 2008. Ia ditubuhkan sebagai nadi penggerak dan tonggak pentadbiran Universiti dalam perancangan, pembangunan serta pelaksanaan tadbir urus yang cemerlang selaras dengan visi dan misi Universiti

Menjadi Tonggak Pentadbiran Universiti

Melaksanakan Tadbir Urus Yang Cekap Dan Berkesan

  • Memperkasakan dan memantapkan tadbir urus Universiti dengan merancang dan melaksanakan dasar-dasar yang telah ditetapkan
  • Melaksanakan seliaan dan pengurusan Lembaga Pengarah Universiti (LPU)
  • Mengurus pelantikan jawatan pentadbiran utama dan lantikan jawatan pentadbiran akademik universiti
  1. Perkhidmatan kaunter bagi semua urusan dilayan dalam tempoh lima (5) minit
  2. Mengurus dan melaksana Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti sebanyak enam (6) kali setahun
  3. Mengurus dan melaksana Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) empat (4) kali setahun
  4. Pekeliling, peraturan dan dasar dihebahkan kepada warga kampus dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja setelah mendapat kelulusan
  5. Terlibat dalam urusan pematuhan ke atas kelemahan pengurusan PTj dalam masa dua (2) minggu selepas laporan auditan dikeluarkan
  6. Memastikan 50% kelompok bakat menyertai kursus-kursus berkaitan kepimpinan dan tadbir urus dalam setahun
  7. Memastikan proses pelupusan rekod-rekod universiti dilaksanakan dengan kelulusan Arkib Negara Malaysia
  8. Memastikan kelulusan permohonan Kemudahan Alat Komunikasi Mudah Alih (AKMA) dibuat dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima
  9. Maklum balas kepada pengadu perlu dibuat dalam tempoh satu (1) hari bekerja untuk memberitahu bahawa aduan mereka telah diambil perhatian dan akan diselesaikan
  1. Meningkatkan keberkesanan peranan Lembaga Pengarah melalui penglibatan dalam mesyuarat LPU dan jawatankuasa di bawah LPU dengan memenuhi sekurang-kurangnya 90% kehadiran mesyuarat.
  2. Memastikan 100% kakitangan Bahagian Governan memenuhi mata minimum CPD.
  3. Memastikan 100% pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan oleh Bahagian Governan.
  4. Sekurang-kurangnya 50% kelompok bakat yang dikenalpasti terlibat dalam kursus berkaitan kepimpinan, integriti dan nilai-nilai murni setiap tahun.