SPP UPSI BIL.9 TAHUN 2018 : GARIS PANDUAN MENGENAI PERATURAN MELAKSANAKAN PEKERJAAN LUAR UPSI

Adalah dimaklumkan bahawa UPSI telah melaksanakan peraturan berkenaan pekerjaan luar bagi kakitangan UPSI mengikut Peraturan 4, Jadual Kedua (Seksyen 5), Peraturan-Peraturan Tatatertib Badan-Badan Berkanun, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605).

Sehubungan itu, mohon semua kakitangan dapat mengikuti peraturan yang telah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang masalah dan kesulitan semasa bertugas.

Bersama – sama ini dilampirkan SPP UPSI BIL.9 TAHUN 2018 : GARIS PANDUAN MENGENAI PERATURAN MELAKSANAKAN PEKERJAAN LUAR UPSI yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Kali ke-118 Bil 4 Tahun 2018 bertarikh 14 Ogos 2018 untuk perhatian dan tindakan Y.Bhg Dato’/Prof/Dr/Tuan/Puan.

SPP tersebut juga boleh dimuat turun di laman web Bahagian Governan : e-Dasar untuk rujukan pada masa akan datang.

url : https://myapps.upsi.edu.my/edasar/