IKLAN PENGISIAN JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN DAN INOVASI) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)

Assalamualaikum / Salam Sejahtera,

YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,

IKLAN PENGISIAN JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN DAN INOVASI) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
 
Saya dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ingin mempelawa calon yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi jawatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) di Universiti ini.
 
3.         Untuk makluman YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan, tarikh tutup permohonan adalah pada 7 Ogos 2025 (Khamis). Calon yang berminat hendaklah memohon melalui permohonan atas talian dan memuat naik dokumen-dokumen yang diperlukan mengikut proses seperti berikut:


a) Layari pautan berikut : https://ilead.upsi.edu.my/
b) Daftar sebagai pengguna akaun;
c) Lengkapkan maklumat yang diperlukan beserta lampiran yang
bersesuaian;
d) Klik SUBMIT


4.         Sebarang pertanyaan sila hubungi:

    En. Nazar Mohd Zahidi bin Mohd Azahar
    Ketua
    Bahagian Governan
    Jabatan Pendaftar
    Universiti Pendidikan Sultan Idris
    No. Tel: 05-450 6811/ 6930

    E-mel: governan@upsi.edu.my

IKLAN JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN DAN INOVASI) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)

MANUAL PENGGUNA I LEAD

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *