“Jawatan Pengurusan Strategik” merangkumi jawatan Canselor, Pro Canselor dan Lembaga Pengarah Universiti yang termaktub dalam Perlembagaan Universiti.
Garis Panduan LPS
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua Lembaga Pengarah Universiti di atas pelantikan dan semoga tanggungjawab yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya untuk mencapai aspirasi UPSI sebagai Peneraju Kebitaraan Pendidikan di Malaysia dan juga di rantau ini.
Sekian, terima kasih.
“Jawatan Pengurusan Strategik” merangkumi jawatan Naib Canselor, Timbalan-Timbalan Naib Canselor, Pendaftar, Bendahari, Penasihat Undang-Undang, Ketua Pustakawan dan Ketua Pengarah Eksekutif (KPE) UHSB bagi mengurus tugas-tugas pengurusan tertinggi.
1.0 Garis Panduan Proses Pelantikan Naib Canselor & Timbalan Naib Canselor
2.0 Garis Panduan Proses Pelantikan Pengurusan Tertinggi
Makluman Pelantikan Semula Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Sukacitanya dimaklumkan bahawa YBrs. Prof. Dr. Norkhalid bin Salimin telah dilantik semula sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi tempoh 1 November 2024 sehingga 31 Oktober 2026.
Makluman Pelantikan Semula Ketua Pustakawan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Sukacitanya dimaklumkan bahawa YBrs. Cik Noriha binti Muhammad telah dilantik semula sebagai Ketua Pustakawan S54, UPSI bagi tempoh 1 Ogos 2024 sehingga 9 Februari 2027
IKLAN PENGISIAN JAWATAN KETUA PUSTAKAWAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan, IKLAN PENGISIAN JAWATAN KETUA PUSTAKAWAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ingin mempelawa pemohon yang berminat dan
“Jawatan Pentadbiran Akademik” merangkumi jawatan Dekan, Pengarah, Timbalan Dekan, Timbalan Pengarah, Ketua Jabatan, Ketua Unit, Penyelaras dan Pengetua Kolej serta jawatan lain yang diwujudkan oleh Universiti dari semasa ke semasa bagi mengurus tugas-tugas pentadbiran (dan akademik di Fakulti), Pusat, Bahagian, Kolej Kediaman dan pusat-pusat tanggungjawab lain.
2.0 Templat Iklan LJPA
3.0 Templat Laporan Mesyuarat JKC
4.0 Pengisytiharan Kepentingan Mesyuarat
HEBAHAN PELANTIKAN JAWATAN PENTADBIRAN BAGI BULAN APRIL 2023
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Bersama-sama disertakan senarai pelantikan jawatan pentadbiran yang telah dilantik pada bulan April 2023. Untuk makluman YBhg. Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan, lantikan ini bermula pada 1 dan 16 April 2023.
3. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua dan semoga tanggungjawab yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya untuk mencapai aspirasi UPSI sebagai Universiti No.1 Pendidikan di Malaysia dan juga di rantau ini.
Sekian, terima kasih.