Warta Pendaftar

Saya mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih atas kesudian YBhg. Dato’ / Prof. / Tuan / Puan melayari Laman Web Bahagian Governan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Bahagian Governan merupakan tunjang utama tadbir urus UPSI yang bertanggungjawab sebagai nadi penggerak dan tonggak pentadbiran Universiti dalam perancangan, pembangunan serta pelaksanaan tadbir urus yang cemerlang selaras dengan visi dan misi Universiti. Bahagian Governan merupakan salah satu bahagian yang berada dibawah Jabatan Pendaftar. Jabatan Pendaftar terdiri daripada beberapa bahagian iaitu Bahagian Governan, Bahagian Sumber Manusia, Pusat Kesihatan, Bahagian Pengangkutan dan Bahagian Keselamatan.

Adalah menjadi hasrat bahagian ini untuk memastikan keperluan perkhidmatan kakitangan universiti dapat di penuhi, Jabatan Pendaftar cuba menyalurkan maklumat yang diperlukan melalui Laman Web di setiap bahagian dan pusat masing-masing. Harapan saya semoga Laman Web ini dapat memenuhi keperluan maklumat semua pihak khasnya kepada kakitangan Universiti.

En. Helmi Zaifura bin Abdul Rahman

Menjadi Tonggak Pentadbiran Universiti

Bahagian Governan, Jabatan Pendaftar, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditubuhkan pada 1 November 2008. Ia ditubuhkan sebagai nadi penggerak dan tonggak pentadbiran Universiti dalam perancangan, pembangunan serta pelaksanaan tadbir urus yang cemerlang selaras dengan visi dan misi Universiti.

Melaksanakan Tadbir Urus Yang Cekap Dan Berkesan

 
 
  • Perkhidmatan kaunter bagi semua urusan dilayan dalam tempoh lima (5) minit.
  • Mengurus dan melaksana Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti sebanyak empat (4) kali setahun.
  • Mengurus dan melaksana Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) tiga (3) kali setahun.
  • Pekeliling, peraturan dan dasar dihebahkan kepada warga kampus dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja setelah mendapat kelulusan.
  • Memastikan kelulusan permohonan Kemudahan Alat Komunikasi Mudah Alih (AKMA) dibuat dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima.
  • Maklum balas kepada pengadu perlu dibuat dalam tempoh satu (1) hari bekerja untuk memberitahu bahawa aduan mereka telah diambil perhatian dan akan diselesaikan.
Galeri

MJD LPU 2022

MJD LPU 2019

KLINIK JD & MYPORFOLIO 2022

HARI KELUARGA UPSI 2022

BENGKEL MYPORTFOLIO 2019