Lembaga Pengarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (LPU) adalah pihak berkuasa tertinggi Universiti yang dilantik oleh Menteri sebagai badan yang mengelola, membuat dasar, dan mengawasi hal-hal berkaitan tadbir urus Universiti secara keseluruhannya. LPU adalah pemegang kuasa legislatif atau perundangan yang boleh bertindak untuk menyemak dan menyeimbangkan (check and balance) kuasa-kuasa pihak berkuasa Universiti yang lain.

Previous slide
Next slide

HOTSPOT @ LJPT

Previous slide
Next slide

Sistem e-Petikan ialah satu sistem pengumpulan maklumat bagi ekstrak Minit Mesyuarat LPU UPSI. Sistem ini telah diwujudkan pada tahun 2020.

Terkini
Previous slide
Next slide

Lembaga Pengarah Universiti Pendidikan Sultan Idris terdiri daripada ahli-ahli yang dilantik oleh Menteri :

  • Pengerusi;
  • Naib Canselor;
  • Dua (2) orang pegawai daripada perkhidmatan awam;
  • Seorang yang mewakili masyarakat di tempat terletaknya Universiti itu;
  • Seorang profesor Universiti yang dipilih oleh Senat;
  • Lima (5) orang yang terdiri daripada tiga (3) orang daripada sektor swasta, seorang daripada alumni Universiti dan seorang lagi dari dalam atau luar Universiti yang, pada pendapat Menteri, mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang boleh membantu LPU.
Hebahan Baharu

Senarai Ahli LPU

YBhg. Puan Sri Datuk Seri Rohani Parkash binti Abdullah

Pengerusi LPU

YBhg. Profesor Dato’ Dr. Md Amin bin Md Taff

Naib Canselor UPSI

YBhg. Dato' Dr. Amiruddin bin Muhamed

Mewakili Kementerian Kewangan

YBrs. Encik Ahmad Rizal bin Adnan

Mewakili Kementerian Pengajian Tinggi

YBrs. Prof. Dr. Ismail bin Zainol

Wakil Senat UPSI

YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Prof. Emeritus Ir. Dr. Sahol Hamid bin Abu Bakar

Wakil Swasta

YBhg. Senator Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad

Wakil Swasta

YBhg. Datuk Dr. Roziah binti Omar

Wakil Swasta

YBhg. Dato' Paduka Luqman bin Ahmad

Wakil Berpengetahuan dan Berpengalaman

YBhg. Dato’ Seri Hj. Ahmad Hj. Burak

Wakil Alumni

YB. Mohd Zaidi bin Aziz

Wakil Masyarakat

Setiausaha LPU

YBrs. En. Helmi Zaifura bin Abdul Rahman

Pendaftar UPSI

Senarai Ahli Ex-Officio

YBrs. Prof. Dr. Abdul Rahim bin Razalli

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)

Y.Brs. Prof. Dr. Suriani binti Abu Bakar

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)

Y.Brs. Prof. Dr. Norkhalid bin Salimin

Timbalan Naib Canselor Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)

Y.Brs. En. Mohamad Najib bin Mohamed

Bendahari UPSI

Y.Brs. Pn. Salwati binti Mohd Aris

Penasihat Undang-Undang UPSI