IKLAN BAGI JAWATAN PENASIHAT UNDANG-UNDANG UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)

Dengan hormatnya merujuk perkara di atas.

2.  Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ingin mempelawa individu yang berminat dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan sebagai Penasihat Undang-Undang di UPSI.

3.      Sehubungan itu, bersama ini disertakan iklan beserta Borang Ringkasan Curriculum Vitae (CV) Calon Jawatan Penasihat Undang-Undang di UPSI untuk makluman dan rujukan YBhg. Dato’/ Profesor/ Dr./ Tuan/ Puan. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 April 2022 (Sabtu) dan permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada

Pendaftar

Pejabat Pendaftar

Aras 2, Bangunan Canselori

Universiti Pendidikan Sultan Idris

35900 Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan

4.      Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan berhubung perkara ini, YBhg. Dato’/ Profesor/ Dr./ Tuan/ Puan boleh berhubung dengan  Encik Nazar Mohd Zahidi bin Mohd Azahar, Timbalan Pendaftar, Bahagian Governan di talian  05-4506811 atau melalui emel govenan@upsi.edu.my

MAKLUMAT JAWATAN PUU

BORANG PERMOHONAN JAWATAN PUU

SURAT IKLAN JAWATAN PUU

Leave a Comment

Your email address will not be published.